Friday 23 December 2011

lagi Gambar Kenangan..

Kenangan Selamanya.

Hari Konvokesyen

Salam semua.. Tanggal 10 Disember 2011 secara rasminya aku telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda.. (walaupun dah tua) hahahaha.. Konvo telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur.Konvo tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 (kurang lebih le tu).. Akhirnya aku dapat juga menggenggam segulung ijazah yang selama ini aku impi-impikan.. juga impian semua pelajar di dunia ini kot... ntah le... Terima kasih kepada semua insan yang menyokong aku selama ini terutamanya buat isteri tersayang, anak2, sahabat-handai, pensyarah2,guru2, murid2 dan semua yang tak tersebut tetapi terlibat sama sama ada secara langsung atau secara diam2... i love u alll.. Terima kasih semuanya..

Hari Sedih

Tanggal 3 Disember 2011 aku kehilangan sorang lagi orang tersayang iaitu ibu mertuaku.. beliau menghembuskan nafas terakhir pada subuh hari tatkala hendak menunaikan solat subuh. Mujurlah ketika itu isteriku ada disampingnya.Semoga AllahS.W.T. menempatkannya dalam kalangan orang2 beriman.. insyaallah.. Alfatihah..

D!r! Saya

My photo
Salam Sejahtera semua, Syukur kepada ilahi kerana setelah bersusah payah, akhirnya saya telah berjaya membina blog ini.Namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Serba sedikit tentang diri saya iaitu saya telah mendapat pendidikan awal di Muar Johor, kemudian berhijrah ke Johor Bahru dan bersekolah di SK Majidi Baru dan SMK Majidi Baru,seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam Sekolah Dato Jaafar, Johor Bharu. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.Saya berharap agar blog ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya... terima kasih kepada yang menyokong blog ini..